Jumaat, 31 Mei 2013

Kelebihan air suam



Assalamualaikum semua..kali ini Cik Eka nak kongsi satu tips yang sangat simple dan mudah untuk korang semua. Tips ni sangat penting dan berguna untuk menjaga kesihatan serta kecantikan kita. Haa nak tahu tak ape tips tu? Kalau nak tahu teruskan membaca ye..

Tipsnya mudah je cuma minum air suam. Korang  tahu tak air suam tu apa? Air suam tu air kosong atau kita panggil air mineral. Air sangat penting  untuk tubuh badan kita sebab 80% dalam badan kita adalah air. Cik Eka tak boleh tinggal minum air suam sebab bila tak minum rasa badan tak bermaya. Kulit pun kering kusam je. Nampak tak cantik la kan sebab orang perempuan ni mementingkan kecantikan.

 Ada banyak kelebihan minum air suam sebenarnya dan ada juga keburukannya.  Kalau ikut cakap doctor, kita kena minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Haa bukan minum sikit2 je tau, kena minum 1 gelas penuh. Korang boleh amalkan minum air suam waktu pagi selepas bangun tidur dan waktu malam sebelum tidur.

Fungsi air dalam badan kita?

 Air dalam badan kita berfungsi untuk mengangkut oksigen ke sel-sel dalam badan kita. Apabila sel dalam badan kita dapat berfungsi dengan baik badan kita akan sentiasa sihat dan cantik.


Cik Eka galakkan korang minum air suam selalu sebab air suam ni salah satu faktor utk kekalkan badan yang sihat dan cantik. Kalau korang korang nak tahu air suam pun boleh melangsingkan badan kita. Senang kan cuma minum air je, tak payah nak diet2. 

Ahad, 26 Mei 2013

Ulam-ulaman kampung



Pucuk pegaga baik untuk kesihatan
 dan kecantikan

Ulam raja

Hari ini Cik Eka nak kongsi mengenai ulam-ulaman kampung, yang mana ulam-ulam ni susah nak dapat kat bandar. Selalunya boleh dapat kat kampung je. Kalau sape-sape yang tinggal di kampung tu mesti dah selalu makan ulam. Cik Eka sendiri pun dah selalu makan ulam-ulam kampung, bila balik kampung Cik Eka tak pernah miss makan ulam. Biasanya ulam ni dimakan bersama dengan sambal belacan, baru “kaw” rasanya…huhu.

Ramai orang cakap makan ulam bagus untuk kesihatan dan banyak faedahnya. Memang betul tapi tak ramai yang tahu khasiat sebenar ulam-ulaman ni. Ulam biasanya dimakan  mentah ataupun direbus. Antara ulam-ulaman kampung yang popular sekarang ni ialah pucuk ubi, pucuk gajus, daun pegaga, pucuk kadok, petai, jering, ulam raja dan sebagainya.

Ulam-ulam ni semua terdapat banyak khasiat antaranya vitamin A,B dan C, zat besi, kalium dan banyak lagi. Cik Eka pun tak berapa tahu khasiat semua ulam-ulam ni, tapi yang penting ia baik untuk kesihatan tubuh badan kita dan juga menjaga kecantikan. Contohnya, ulam pegaga, selain dijadikan ulam ia juga boleh digunakan untuk merawat kulit kita.
Selain itu, jantung pisang juga boleh dibuat ulam. Korang pernah makan tak?huhu. Cik Eka memang suka sangat jantung pisang. Biasanya jantung pisang tu direbus dan makan dengan air asam atau sambal belacan. Memang sangat sedap, boleh dikatakan sebagai pembuka selera makan.

Ada juga ulam yang rasanya pahit dan berbau. Tapi yang pahit tu lah bagus untuk kesihatan kita, boleh merawat pelbagai penyakit seperti cacing, kencing manis dan sebagainya. Ulam yang berbau pula seperti petai dan jering. Ramai yang tak gemar makan petai dan jering disebabkan baunya.Tapi Khasiatnya sangat bermanfaat kepada orang yang ada penyakit jantung, kencing manis, masalah buah pinggang dan lain-lain lagi.

Setakat ni je Cik Eka nak kongsikan, jadi mulai sekarang mai  lah kita berjinak-jinak makan ulam-ulaman yang berkhasiat ni.

Rabu, 15 Mei 2013

Petua melicinkan dan melembutkan kulit muka


Salam semua…kali ni Cik Eka nak share dengan korang tip nak melicinkan dan melembutkan kulit muka. Sebenarnya banyak tips nak mencantikkan kulit muka tapi Cik Eka nak share sikit je…sebab tips ni Cik Eka amalkan juga sebelum ni.
Tips dia senang je, first Cik Eka guna air basuhan beras. Haa kalau korang basuh beras nak masak tu, boleh la ambil air dari basuhan beras tu. Caranya ambil air basuhan beras yang korang basuh kali kedua tu dan simpan dalam bekas. Lepas tu, basuhkan muka dengan air beras tadi, tapi sebelum tu korang kena cuci muka dulu.

Tips yang kedua pula, korang boleh gunakan daun lidah buaya. Kalau kat rumah korang ada pokok lidah buaya, boleh la gunakan. Caranya potong daun lidah buaya tu dan ambil lender dia. Lepas tu sapu seluruh muka. Biar sampai kering lepas tu baru bersihkan dengan air.

Haa…itulah tipsnya. Senang je nak amalkan. Tapi benda ni kena amalkan selalu kalau korang nak kesannya lebih cepat. Ok..itu saja. J