Isnin, 29 April 2013

Jom lebihkan karbohidrat!



Korang tahu tak  apa itu karbohidrat? Kalau nak tahu lebih lanjut, teruskan  membaca ye…
Karbohidrat ada dua jenis iaitu karbohidrat baik dan tidak baik. Haa..pernah dengar tak karbohidrat tidak baik? Mesti ada yang tak pernah dengar kan dan tak tahu apa sebenarnya dimaksudkan dengan karbohidrat tak baik tu.

Karbohidrat baik ialah bijirin penuh, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran yang membuatkan badan kita sihat. Makanan berkarbohidrat baik mempunyai vitamin, mineral, serat dan pelbagai nutrien. Manakala karbohidrat tak baik pula ialah roti putih, beras putih, pastri, air soda bergula dan banyak lagi. Karbohidrat tak baik ni boleh buat kita gemuk juga tau..jadi kena jaga lah pemakanan tu. Jangan tau nak melahap je..huhu.

Karbohidrat ni adalah sumber tenaga yang penting bagi tubuh badan kita. Sistem pencernaan akan menukarkan karbohidrat kepada glukosa. Badan kita menggunakan glukosa dan menyimpan gula tambahan apabila kita memerlukannya.

Ada beberapa tips dan amalan untuk menyihatkan tubuh badan kita.Korang boleh amalkan tips ni.

1) Amalkan makan bijirin penuh pada awal pagi semasa sarapan.
2) Makan roti gandum pada waktu tengah hari atau petang.
3) Guna beras perang, beri gandum, pasta gandum atau bijirin penuh untuk makan malam.
4) Selalu makan buah-buahan sebenar daripada jus.
5) Makan kekacang kerana kekacang mempunyai sumber protein.
 

Sabtu, 27 April 2013

Cara hilangkan parut


Asalamulaikum semua..sihat ke? sesiapa yang ada masalah parut, yang lama-lama susah nak hilang tu kan. Haa..meh la jenguk-jenguk dan baca blog Cik Eka ni. Ada macam-macam cara nak rawat and hilangkan parut tak kira la parut luka ke, jerawat ke.

Kat sini Cik Eka nak bagi tau beberapa tips hilangkan parut, kalau tak hilang pun asalkan parut tu nampak berkurang la sikit kan.

1) Korang boleh guna kulit kayu manis dan bedak sejuk, caranya tumbuk atau asah kulit kayu manis tu then campurkan dengan bedak dan sedikit air. Lepas tu sapu kat parut, untuk parut jerawat pun boleh guna cara ni. Tapi terasa pedih la sikit kalau sapu kat muka. Korang kena tahan la sikit kalau nak cantik kan.
2) Pokok lidah buaya, caranya korang sapukan lendir lidah buaya tu kat parut. Cara ni berkesan juga kalau parut tu masih baru.
3) Buah timun, cara ni senang je..kisar timun sampai hancur then ambil hampas timun tu tampal kat muka. Korang tunggu biar timun tu resap ke muka baru bersihkan muka.

4) Cara ni pun senang juga, first korang kena ada madu dan telur. Caranya campurkan madu dengan putih telur then sapu lah kat parut. Insya Allah berkesan. Tapi selalu lah amalkan sebelum korang tidur.
Haa..ni lah tips-tips nak hilangkan parut. Senang kan..tapi kena selalu amalkan. Jangan separuh jalan je.
Cik Eka pun pernah cuba tips kat atas ni. Alhamdulillah..berkurang la sikit terutamanya jerawat. Selamat mencuba semua!

Ahad, 14 April 2013

Kebaikan bersenam selepas makan


Assalamualaikum semua kepada pembaca blog Cik Eka..pada kali ni Cik Eka nak share sesuatu mengenai bersenam. Bila sebut pasal bersenam ni..korang ada buat senaman tak?Mesti ada kan tapi jarang. Huhu sama la dengan Cik Eka pun jarang bersenam. Tapi hakikatnya, senaman ni banyak kebaikannya..kadang-kadang boleh membawa kepada keburukan bila senaman tak dilakukan dengan betul dan pada waktu yang sesuai. Haa..kali ni Cik Eka nak bercerita tentang kebaikan bersenam selepas makan. Ada orang cakap lebih baik bersenam sebelum makan. Mana satu betul ni?huhu. Kedua-duanya betul tapi kenalah waktu sesuai dan cara yang betul. 


Kebaikan bersenam selepas makan?
Kalau korang suka makan makanan yang berlemak, eloklah bersenam lepas makan supaya tak ada kesan buruk terhadap badan. Tapi jangan pula korang terus buat senaman, nanti lain pula jadinya. Korang kena tunggu sekurangnya sejam selepas makan baru boleh bersenam.

Haa..korang nak tahu tak?bersenam selepas makan ni elok sebab ia boleh mengurangkan trigliserida, iaitu lemak dalam darah. Boleh dikatakan bahaya juga la penyakit ni. Kalau tahap trigliserida tinggi, risiko penyakit jantung pun meningkat. Jadi korang kenalah jaga kesihatan badan dan selalu bersenam, jangan bagi alasan tak ada masa nak bersenam. Bukannya lama pun bersenam, satu jam pun dah cukup.
Selepas makan makanan tinggi lemak, korang ambil lah masa satu jam buat senaman ringan. Jogging ke? tak susah pun..huhu. Jadi jangan malas nak bersenam, kalau malas diri kita juga yang susah.

Isnin, 1 April 2013

Cara rawat bibir kering dan merekah


Assalamualaikum semua kawan2..hari ni Cik Eka nak share dengan korang semua pasal isu kecantikan. Siapa nak cantik? Mesti semua nak cantik kan..huhu. Cik Eka nak tanya sikit, korang ada mengalami masalah bibir kering and merekah tak? Kalau ada, mai la kita sama-sama try cara rawatan ni. Caranya mudah dan senang je..guna bahan yang semula jadi,tak mahal and tak ada kesan sampingan kat korang..insya Allah.
Miliki bibir yang cantik dan menawan.
Rawatan bibir merekah?
Kalau bibir korang merekah dan pecah..boleh la cuba rawat guna mentega. Sapu mentega pada bibir korang. Petua ni boleh melembutkan bibir dan menyembuhkan bibir yang merekah.
Cara rawat bibir kering?
First, korang boleh guna susu tin pekat. Caranya senang je..korang sapukan susu sikit kat bibir, then biarkan beberapa minit. Lepas tu, basuh atau pun jilat je bibir korang. Jangan biar lama-lama pula, nanti semut gigit..huhu.

Kalau ada yang tak suka susu, madu pun boleh juga. 

Caranya sama je..sapu madu kat bibir dan biarkan beberapa minit sampai 
madu tu kering. Cik Eka pernah cuba petua ni..Alhamdulillah berkesan, 
bibir yang asalnya kering dah mengurang sikit. Bibir pun bertambah lembut dan nampak kemerah-merahan.


Atau pun korang boleh guna timun. Haa..sambil-sambil korang makan timun tu, hiris la timun tu nipis-nipis then letak kat bibir atau pun gosok je. Senang kan..so korang cuba la petua ni. Kalau berkesan mesti korang akan berpuas hati..tak payah beli gincu mahal-mahal. SELAMAT MENCUBA..(^-^)

Khasiat sayur-sayuran



Salam semua…kali ni Cik Eka nak share dengan korang semua pasal kesihatan. Mesti korang boring kan bila cakap bab kesihatan ni..tapi hakikatnya ia sangat penting bagi tubuh badan kita. Kalau tak jaga dengan betul nanti timbul macam-macam penyakit. Lepas tu mula lah nak mengadu sakit kat doctor..padahal diri sendiri tak jaga kesihatan. Kali ni Cik Eka nak share pasal khasiat sayur-sayuran. Semua orang mesti dah tau kan yang sayur-sayuran ni sebenarnya banyak khasiatnya seperti vitamin, lemak, mineral dan karbohidrat. Tapi tak semua orang suka makan sayur, malah ada juga orang yang alergi dengan sayur. Kadang-kadang kalau makan di kedai, mesti sayur tu diasingkan jauh-jauh. Haa itulah tabiat orang yang tak makan sayur. Korang macam tu tak?huhu.
 
Sayur-sayuran apa korang suka makan? Kalau nak tau, ada  sesetengah sayur yang boleh menghidar dari pelbagai penyakit contohnya kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah malah berkesan untuk mengubati masalah-masalah lain di usus. Korang juga akan rasa tenang dan mudah untuk tidur malam. Selain kobis, sayur yang biasa kita makan ialah salad..salad juga ada kelebihan tersendiri iaitu dapat menenangkan fikiran. Haa..kalau bagi orang yang selalu stres tu boleh la makan salad. Kurang la sikit stres tu, pernafasan pun akan lebih lancar.
Tomato pun apa kurangnya..kalau korang nak melicinkan kulit, makan lah tomato banyak-banyak. Badan  yang terasa lemah pun akan lebih cerdas. Kadang-kadang awal pagi lagi kita dah rasa lesu kan? Korang pernah jadi macam tu juga kan? So, amalkan lah makan tomato. Selain tu kentang pun penting juga tau. Apa hebatnya kentang ni ye? Haa mesti korang tak tau kan, kentang ni boleh merawat penyakit batu karang. Bukan setakat tu je tau..jerawat dan bisul pun boleh rawat pakai kentang.
Rupa-rupanya banyak khasiat dan kelebihan yang ada pada sayur-sayuran. Rugi kalau kita tak amalkan makan sayur-sayuran ni..mudah kan nak jaga kesihatan. Lebih baik makan benda yang berkhasiat ni daripada ambil produk entah apa-apa. Lagi satu tak membazir kan. Betul tak? Jadi marilah kita jinak-jinakkan diri dengan memakan sayur-sayuran.