Ahad, 26 Mei 2013

Ulam-ulaman kampung



Pucuk pegaga baik untuk kesihatan
 dan kecantikan

Ulam raja

Hari ini Cik Eka nak kongsi mengenai ulam-ulaman kampung, yang mana ulam-ulam ni susah nak dapat kat bandar. Selalunya boleh dapat kat kampung je. Kalau sape-sape yang tinggal di kampung tu mesti dah selalu makan ulam. Cik Eka sendiri pun dah selalu makan ulam-ulam kampung, bila balik kampung Cik Eka tak pernah miss makan ulam. Biasanya ulam ni dimakan bersama dengan sambal belacan, baru “kaw” rasanya…huhu.

Ramai orang cakap makan ulam bagus untuk kesihatan dan banyak faedahnya. Memang betul tapi tak ramai yang tahu khasiat sebenar ulam-ulaman ni. Ulam biasanya dimakan  mentah ataupun direbus. Antara ulam-ulaman kampung yang popular sekarang ni ialah pucuk ubi, pucuk gajus, daun pegaga, pucuk kadok, petai, jering, ulam raja dan sebagainya.

Ulam-ulam ni semua terdapat banyak khasiat antaranya vitamin A,B dan C, zat besi, kalium dan banyak lagi. Cik Eka pun tak berapa tahu khasiat semua ulam-ulam ni, tapi yang penting ia baik untuk kesihatan tubuh badan kita dan juga menjaga kecantikan. Contohnya, ulam pegaga, selain dijadikan ulam ia juga boleh digunakan untuk merawat kulit kita.
Selain itu, jantung pisang juga boleh dibuat ulam. Korang pernah makan tak?huhu. Cik Eka memang suka sangat jantung pisang. Biasanya jantung pisang tu direbus dan makan dengan air asam atau sambal belacan. Memang sangat sedap, boleh dikatakan sebagai pembuka selera makan.

Ada juga ulam yang rasanya pahit dan berbau. Tapi yang pahit tu lah bagus untuk kesihatan kita, boleh merawat pelbagai penyakit seperti cacing, kencing manis dan sebagainya. Ulam yang berbau pula seperti petai dan jering. Ramai yang tak gemar makan petai dan jering disebabkan baunya.Tapi Khasiatnya sangat bermanfaat kepada orang yang ada penyakit jantung, kencing manis, masalah buah pinggang dan lain-lain lagi.

Setakat ni je Cik Eka nak kongsikan, jadi mulai sekarang mai  lah kita berjinak-jinak makan ulam-ulaman yang berkhasiat ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan