Assalamualaikum semua..kali ini
Cik Eka nak kongsi satu tips yang sangat simple dan mudah untuk korang semua.
Tips ni sangat penting dan berguna untuk menjaga kesihatan serta kecantikan
kita. Haa nak tahu tak ape tips tu? Kalau nak tahu teruskan membaca ye..
Tipsnya mudah je cuma minum air
suam. Korang tahu tak air suam tu apa?
Air suam tu air kosong atau kita panggil air mineral. Air sangat penting untuk tubuh badan kita sebab 80% dalam badan
kita adalah air. Cik Eka tak boleh tinggal minum air suam sebab bila tak minum
rasa badan tak bermaya. Kulit pun kering kusam je. Nampak tak cantik la kan
sebab orang perempuan ni mementingkan kecantikan.
Ada banyak kelebihan minum air suam sebenarnya
dan ada juga keburukannya. Kalau ikut cakap doctor, kita kena minum air
sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Haa bukan minum sikit2 je tau, kena minum 1
gelas penuh. Korang boleh amalkan minum air suam waktu pagi selepas bangun
tidur dan waktu malam sebelum tidur.
Fungsi air dalam badan kita?
Air dalam badan kita berfungsi untuk
mengangkut oksigen ke sel-sel dalam badan kita. Apabila sel dalam badan kita
dapat berfungsi dengan baik badan kita akan sentiasa sihat dan cantik.
Cik Eka galakkan
korang minum air suam selalu sebab air suam ni salah satu faktor utk kekalkan
badan yang sihat dan cantik. Kalau korang korang nak tahu air suam pun boleh
melangsingkan badan kita. Senang kan cuma minum air je, tak payah nak diet2.