Ahad, 31 Mac 2013

Cara atasi kulit muka berminyak.



Pada entry kali ni saya akan kongsikan dengan anda semua cara nak atasi kulit muka berminyak. Kulit muka korang berminyak tak? Kalau ada masalah ni boleh la ikut tips yang saya bagi ni..insya Allah berkesan. Yang penting kena cuba dulu, kalau  tak cuba tak tahu kan.
Ramai tak tau yang oat sebenarnya boleh mengurangkan masalah kulit berminyak. Jadi korang yang dah tau boleh la cuba tips ni. Caranya mudah je.
First sekali korang kena sediakan oat, quacker oat pun boleh je then tak payah nak membazir beli banyak-banyak. Kalau ada lebihan kat rumah pun boleh je.

Then, ambil oat satu sudu and korang genggamkan dalam tangan. Lepas tu, basahkan oat tu dengan air.Then, buka genggaman titiskan air 3- 4 titik air sehingga dia jadi macam ni.

Lepas dah titikkan air, kita tekan-tekan  oat tu  sampai dia keluar susu dia ni. haa, nampak tak warna putih susu tu? jangan buang ye.. perahkan susu tu ke tapak tangan lagi sebelah, sapu kat muka.. tujuan dia untuk melembutkan kulit kita.


Bila dah sapukan susu kat kulit muka, titikkan air semula ke oat dan sapu ke seluruh muka oat tu tadi. Kira macam scrub lah.. fungsi kita sapukan oat tu adalah untuk meresap segala minyak kat muka kita. that's why oat goods for oily skin.
                                                                                      
Haa..senangkan, jadi lepas ni siapa yang ada masalah ni boleh la cuba. tak payah nak habiskan duit beli produk kat luar tu..belum tentu sesuai dengan kita. Selamat mencuba..(^-^).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan