Bismillahirrahmanirrahim..
Astaghfirullahal 'azdiim..
Ya Allah..aku memohon kepadaMu ampunkan lah dosa2ku Ya Allah..
Sesungguhnya aku sangat berdosa pdMu..aku memohon keampunan daripada Mu Ya Allah..
Ya Allah yg Maha pengampun lagi maha mendengar..tunjukkan lah aku dan bimbinglah aku ke jln Mu Ya Allah..
YaAllah..engkau lindungilah diriku ini dari melakukan perkara2 terlarang..
YaAllah kurniakanlah aku tubuh badan yg sihat sejahtera agar aku dapat terus beribadat dan melaksanakan perintah Mu YaAllah..
Sesungguhnya aku hamba yg kerdil lagi tidak berdaya melawan takdir Mu YaAllah..jauhilah aku segala sifat serta perlakuan yg buruk..saat ini aku merasa sangat lemah dan tidak berdaya..Engkau bimbinglah Aku YaAllah..kurniakan lah aku kekuatan serta kesabaran menghadapi segala ujian dan dugaan..
Ya Allah..engkau lindungilah orang2 disekelilingiku serta orang2 yg aku sayangi YaAllah..Amin Ya Rabbal 'Alamin..
Isnin, 7 April 2014
Sabtu, 5 April 2014
Bismillahirrahmanirrahim..
Astaghfirullahal 'azdiim..
Subhanallah walhamdulillah wala ilahaillallah Allahuakbar..
Ya Allah..Engkau berilah hambaMU ini kekuatan dan kesabaran menghadapi segala ujian dan dugaan yg datang. Ya Allah Yg Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..ampunkan lah segala dosa-dosaku, dosa kaum muslimin dan muslimat serta dosa orang-orang yg aku sayangi.
Ya Allah..Engkau berkatilah dan rahmatilah hidupku di dunia mahupun di akhirat kelak.
Ya Allah..sesungguhnya aku hambaMU yg lemah lg tidak berdaya..Engkau bimbinglah aku ke jln Mu yg Engkau redhai Ya Allah. Kuatkan iman ku Ya Allah..hnya padaMu aku memohon dan meminta..Amin ya rabbal alamin..
Astaghfirullahal 'azdiim..
Subhanallah walhamdulillah wala ilahaillallah Allahuakbar..
Ya Allah..Engkau berilah hambaMU ini kekuatan dan kesabaran menghadapi segala ujian dan dugaan yg datang. Ya Allah Yg Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..ampunkan lah segala dosa-dosaku, dosa kaum muslimin dan muslimat serta dosa orang-orang yg aku sayangi.
Ya Allah..Engkau berkatilah dan rahmatilah hidupku di dunia mahupun di akhirat kelak.
Ya Allah..sesungguhnya aku hambaMU yg lemah lg tidak berdaya..Engkau bimbinglah aku ke jln Mu yg Engkau redhai Ya Allah. Kuatkan iman ku Ya Allah..hnya padaMu aku memohon dan meminta..Amin ya rabbal alamin..
Jumaat, 4 April 2014
Jumaat, 14 Februari 2014
Assalamualaikum....
Lai lai lai lai...
Hari ni nak bincang pasal bab cemburu..
selalunya org yg kuat cemburu ni sapa?lelaki or perempuan?
Tapi cemburu ni besar ganjaran dia kalau org yg dpt sabar dengan cemburu kita.
Terutamanya seorg suami yg sabar dan tahan ja kalau isteri cemburu.
Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Allah menetapkan rasa cemburu pada para wanita, maka barangsiapa yang sabar terhadap mereka, maka baginya pahala orang mati syahid.”
Jadi si suami kalau nak dpt gnjaran besar kenalah bersabar dengan cemburu si isteri tu..
Bukan apa..isteri cemburu tanda sayang pada suami kan..
Jumaat, 31 Mei 2013
Kelebihan air suam
Assalamualaikum semua..kali ini
Cik Eka nak kongsi satu tips yang sangat simple dan mudah untuk korang semua.
Tips ni sangat penting dan berguna untuk menjaga kesihatan serta kecantikan
kita. Haa nak tahu tak ape tips tu? Kalau nak tahu teruskan membaca ye..
Tipsnya mudah je cuma minum air
suam. Korang tahu tak air suam tu apa?
Air suam tu air kosong atau kita panggil air mineral. Air sangat penting untuk tubuh badan kita sebab 80% dalam badan
kita adalah air. Cik Eka tak boleh tinggal minum air suam sebab bila tak minum
rasa badan tak bermaya. Kulit pun kering kusam je. Nampak tak cantik la kan
sebab orang perempuan ni mementingkan kecantikan.
Ada banyak kelebihan minum air suam sebenarnya
dan ada juga keburukannya. Kalau ikut cakap doctor, kita kena minum air
sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Haa bukan minum sikit2 je tau, kena minum 1
gelas penuh. Korang boleh amalkan minum air suam waktu pagi selepas bangun
tidur dan waktu malam sebelum tidur.
Fungsi air dalam badan kita?
Air dalam badan kita berfungsi untuk
mengangkut oksigen ke sel-sel dalam badan kita. Apabila sel dalam badan kita
dapat berfungsi dengan baik badan kita akan sentiasa sihat dan cantik.
Cik Eka galakkan
korang minum air suam selalu sebab air suam ni salah satu faktor utk kekalkan
badan yang sihat dan cantik. Kalau korang korang nak tahu air suam pun boleh
melangsingkan badan kita. Senang kan cuma minum air je, tak payah nak diet2.
Ahad, 26 Mei 2013
Ulam-ulaman kampung
| Pucuk pegaga baik untuk kesihatan dan kecantikan |
| Ulam raja |
Hari
ini Cik Eka nak kongsi mengenai ulam-ulaman kampung, yang mana ulam-ulam ni
susah nak dapat kat bandar. Selalunya boleh dapat kat kampung je. Kalau
sape-sape yang tinggal di kampung tu mesti dah selalu makan ulam. Cik Eka
sendiri pun dah selalu makan ulam-ulam kampung, bila balik kampung Cik Eka tak
pernah miss makan ulam. Biasanya ulam ni dimakan bersama dengan sambal belacan,
baru “kaw” rasanya…huhu.
Ramai
orang cakap makan ulam bagus untuk kesihatan dan banyak faedahnya. Memang betul
tapi tak ramai yang tahu khasiat sebenar ulam-ulaman ni. Ulam biasanya
dimakan mentah ataupun direbus. Antara
ulam-ulaman kampung yang popular sekarang ni ialah pucuk ubi, pucuk gajus, daun
pegaga, pucuk kadok, petai, jering, ulam raja dan sebagainya.
Ulam-ulam
ni semua terdapat banyak khasiat antaranya vitamin A,B dan C, zat besi, kalium
dan banyak lagi. Cik Eka pun tak berapa tahu khasiat semua ulam-ulam ni, tapi
yang penting ia baik untuk kesihatan tubuh badan kita dan juga menjaga
kecantikan. Contohnya, ulam pegaga, selain dijadikan ulam ia juga boleh
digunakan untuk merawat kulit kita.
Selain
itu, jantung pisang juga boleh dibuat ulam. Korang pernah makan tak?huhu. Cik
Eka memang suka sangat jantung pisang. Biasanya jantung pisang tu direbus dan
makan dengan air asam atau sambal belacan. Memang sangat sedap, boleh dikatakan
sebagai pembuka selera makan.
Ada
juga ulam yang rasanya pahit dan berbau. Tapi yang pahit tu lah bagus untuk
kesihatan kita, boleh merawat pelbagai penyakit seperti cacing, kencing manis
dan sebagainya. Ulam yang berbau pula seperti petai dan jering. Ramai yang tak
gemar makan petai dan jering disebabkan baunya.Tapi Khasiatnya sangat
bermanfaat kepada orang yang ada penyakit jantung, kencing manis, masalah buah
pinggang dan lain-lain lagi.
Setakat
ni je Cik Eka nak kongsikan, jadi mulai sekarang mai lah kita berjinak-jinak makan ulam-ulaman
yang berkhasiat ni.
Rabu, 15 Mei 2013
Petua melicinkan dan melembutkan kulit muka
Salam
semua…kali ni Cik Eka nak share dengan korang tip nak melicinkan dan
melembutkan kulit muka. Sebenarnya banyak tips nak mencantikkan kulit muka tapi
Cik Eka nak share sikit je…sebab tips ni Cik Eka amalkan juga sebelum ni.
Tips
dia senang je, first Cik Eka guna air basuhan beras. Haa kalau korang basuh
beras nak masak tu, boleh la ambil air dari basuhan beras tu. Caranya ambil air
basuhan beras yang korang basuh kali kedua tu dan simpan dalam bekas. Lepas tu,
basuhkan muka dengan air beras tadi, tapi sebelum tu korang kena cuci muka
dulu.
Tips
yang kedua pula, korang boleh gunakan daun lidah buaya. Kalau kat rumah korang
ada pokok lidah buaya, boleh la gunakan. Caranya potong daun lidah buaya tu dan
ambil lender dia. Lepas tu sapu seluruh muka. Biar sampai kering lepas tu baru
bersihkan dengan air.
Haa…itulah
tipsnya. Senang je nak amalkan. Tapi benda ni kena amalkan selalu kalau korang
nak kesannya lebih cepat. Ok..itu saja. J
Langgan:
Catatan (Atom)