Korang tahu tak apa itu karbohidrat? Kalau nak
tahu lebih lanjut, teruskan membaca ye…
Karbohidrat
ada dua jenis iaitu karbohidrat baik dan tidak baik. Haa..pernah dengar tak
karbohidrat tidak baik? Mesti ada yang tak pernah dengar kan dan tak tahu apa
sebenarnya dimaksudkan dengan karbohidrat tak baik tu.
Karbohidrat
baik ialah bijirin penuh, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran yang
membuatkan badan kita sihat. Makanan berkarbohidrat baik mempunyai vitamin,
mineral, serat dan pelbagai nutrien. Manakala karbohidrat tak baik pula ialah
roti putih, beras putih, pastri, air soda bergula dan banyak lagi. Karbohidrat
tak baik ni boleh buat kita gemuk juga tau..jadi kena jaga lah pemakanan tu.
Jangan tau nak melahap je..huhu.
Karbohidrat
ni adalah sumber tenaga yang penting bagi tubuh badan kita. Sistem pencernaan
akan menukarkan karbohidrat kepada glukosa. Badan kita menggunakan glukosa dan
menyimpan gula tambahan apabila kita memerlukannya.
Ada
beberapa tips dan amalan untuk menyihatkan tubuh badan kita.Korang boleh
amalkan tips ni.
1)
Amalkan makan bijirin penuh pada awal pagi semasa sarapan.
2)
Makan roti gandum pada waktu tengah hari atau petang.
3) Guna
beras perang, beri gandum, pasta gandum atau bijirin penuh untuk makan malam.
4) Selalu
makan buah-buahan sebenar daripada jus.
5)
Makan kekacang kerana kekacang mempunyai sumber protein.